Thursday, August 20, 2009

kembali menyarung jersi JPA

akhirnya dengan kedatangan Pegawai Psikologi yang baru, ini adalah alasan yang teramat super kuat untuk aku cabut dan kembali ke jabatan. aku pernah suarakan dalam mensyuarat kajian semula pengurusan. dan akhirnya bos akur dengan permintaan tersebut. maka bermula lah episod baru dalam kerjaya aku, pasni boleh fokus betul2 la kat student. sebelum ni pun masa aku duk wat keje pengurusan, aku mengajar juga, ambil kelas, saja takut skill hilang maklum la nak mengajar ni bukan lah semudah membuat nasi goreng! nak kene langkap luar dan dalam. dan aku amat mengharap segala apa yang akan berlaku nanti adalah ke arah positif, dan aku juga amat mengharapkan sokongan dari rakan-rakan di jabatan. hmmm rasa mcm sekejap je ia berlalu, diam tak diam, lima tahun juga aku duk buat kerja ni tanpa sebarang imbuhan seperti elaun menjalankan tugas. takpa la aku buat kerja orang tanpa ganjaran, sekurang2nya aku dah belajar byk ilmu berkenaan pengurusan, susah nak dapat kat mana2 ni beb!

Thursday, November 20, 2008

pengurusan / pentadbiran / kewangan

bermula dari minggu lepas, tiap2 hari aku call kewangan tanya cek OS42000 dah keluo belum. dan setiap kali itulah jawapan macam-macam aku terima. bos belum sain, belum anto ag, belum tu belum ni n bla bla bla. aku x paham la cara kerja depa buat ni. benda dah lulus dan aku tanya memula hari tu konfiden je cakap 4 hari bekerja bole siap. ni dekat 3 minggu dah... caterer duk bising dah.. nak wat pusing modal la apa la... lagipun tu hak depa la nak dapat bayaran, yang aku rimas cara depa ni... nak dulukan ngan det aku rasanya x termampu, byk weh! bukan sket2... nak kene wat post mortem ni gena nak setel problem yg sudah menjadi stereotype unit kewangan. sahabat handai sila la bg idea atau cadangan pasal bende ni...

Sunday, July 13, 2008

RESHUFFLE???

aku dengar ari ni ada meeting ketua2 jabatan ngan bos... dan aku rasa lagi pas ni ada shuffle besar-besaran. perubahan ini terpaksa dilakukan memandangkan ramai staff PTSS pindah ke tampat2 lain. ada yang balik kg, ada yang ikut suami, ada yang ikut isteri, ada yang naik pangkat, dan ada yang x tahan berulang jauh, padah rege minyak yang naik baru ni....

sperti biasa, ada gembira dan ada yang berduka, aku juga mengharapkan perubahan kepada sesuatu yang lebih baik, bukan sekadar amik syarat pegang jawatan je. aku yang rasa tak buleh wat keje ni pun bos takmo tukar walaupun aku dah mintak berkali-kali. tambah lak yang tak rasa apa-apa... ah apa daaa aku merepek ni....

Thursday, June 12, 2008

sampai bila.....?

diam tak diam dah dekat 4 tahun aku duk kat unit ni... dan dalam tempoh itu juga aku dapat merasakan bahawa aku bukanlah orang yang sebenar untuk mengendalikan unit ini. aku rasa ada orang lain yg lebih layak. tambahan pulak aku memang tiada kompetensi untuk jaga bab-bab mcm ni. dan yang paling aku tak boleh nak tipu diri aku sendiri ialah sememangnya aku tiada minat dalam urusan sebegini.... dan aku juga memang kurang berminat untuk terlibat secara langsung dengan pengurusan. dan memang tersemat teguh di dalam jiwa aku sebagai seorang pengajar.aku pernah menyuarakan hasrat ini kepada bos, tp bos jawab tunggu sehingga ada pegawai sebenar(hakiki) yang datang.... aku risau pelajar tidak mendapat khidmat yang sepatutnya mereka dapat dari unit ini. hmmm entah la sampai bila. semakin hari aku rasa semakin tak mampu bertahan dah... letih yang amat. bermacam-macam dugaan yang mendatang. kalau la dia baca blog ni, aku harap dia faham rintihan hati kecil ini.....

penghujung Sesi Jan 2008

sedar tak sedar, kita dah berada di hari terakhir sesi Januari 2008, dan hari aku dengar ada macam2 jamuan. hmmmm sib baik dapat gak jemputan dari JPA, buleh la makan free, itu lah selalu sifir yang dugunakan oleh 'orang bujang' macam aku ni.

semester ini juga banyak aku dapat belajar, dan semester ini juga la lahirnya blog ini dan blog ptss satu lagi. hmmmmm sem ni juga ada 3 agensi datang untuk interview student poli, USM, INTELL dan SPA. USM dan SPA menemuduga calon dari pelajar sem akhir kursus Diploma Sains Kesetiausahaan untuk jawatan Pembantu Tadbir kesetiausahaan. manakala Intell pula menemuduga pelajar semester akhir kursus Kejuruteraan dari program diploma. memandangkan hanya Jabatan Elektrik sahaja yang mempunyai pelajar semester akhir, so tidaklah rama pelajar yang menghadiri temuduga tersebut. yang amat menyedihkan aku, pelajar2 ini tidak mengambil kisah sangat tentang peluang ini. sungguh2 mendukacitakan apabila pihak intell duk melangut tunggu calon datang untuk temuduga. Peluang yang datang sekali sekala tidak digunak sebaiknya. pihak syarikat datang untuk memilih pelajar yang masih belajar untuk dimabil bekerja....? adakah ia peluang yang anda boleh dapat setiap hari?, cuba bayangkan.... aku kaget dengan situasi ini, pelajar yang datang memberikan berbagai alasan. dan ada juga yang tidak mahu temuduga atas alasan takut untuk temuduga. apa nak jadi ni? aku buat kesimpulan, pelajar kita masih memerlukan didikan lanjut untuk memahami erti kehidupan. wahai anak bangsaku, perjalanan kamu masih jauh, belajar lah dari orang yang sudah berjalan lebih jauh dari kamu.....

Wednesday, June 11, 2008

air sapa?


scene ni aku snap tengahari kemarin masa nak keluar makan. perlu penerangan ke? hehehehe aku terang apa yang aku nampak la kan... yang tersirat tu hanya depa yang terlibat sahaja yang tahu. Makcik yang meniaga kat depan main gate tu selamba je duk tadah air dalam botoi yang dia bawak ataih motor tu... air tu diambil dengan hos dari pondok pengawal, dan seorang pengawal dengan baik hatinya siap tolong pegang hos masa duk isi air tu... hmmmm sapa nak komen?

Tuesday, June 10, 2008

hmmmm....


gambaq ni saja aku shoot masa lalu kut depan BK1...