Thursday, June 12, 2008

penghujung Sesi Jan 2008

sedar tak sedar, kita dah berada di hari terakhir sesi Januari 2008, dan hari aku dengar ada macam2 jamuan. hmmmm sib baik dapat gak jemputan dari JPA, buleh la makan free, itu lah selalu sifir yang dugunakan oleh 'orang bujang' macam aku ni.

semester ini juga banyak aku dapat belajar, dan semester ini juga la lahirnya blog ini dan blog ptss satu lagi. hmmmmm sem ni juga ada 3 agensi datang untuk interview student poli, USM, INTELL dan SPA. USM dan SPA menemuduga calon dari pelajar sem akhir kursus Diploma Sains Kesetiausahaan untuk jawatan Pembantu Tadbir kesetiausahaan. manakala Intell pula menemuduga pelajar semester akhir kursus Kejuruteraan dari program diploma. memandangkan hanya Jabatan Elektrik sahaja yang mempunyai pelajar semester akhir, so tidaklah rama pelajar yang menghadiri temuduga tersebut. yang amat menyedihkan aku, pelajar2 ini tidak mengambil kisah sangat tentang peluang ini. sungguh2 mendukacitakan apabila pihak intell duk melangut tunggu calon datang untuk temuduga. Peluang yang datang sekali sekala tidak digunak sebaiknya. pihak syarikat datang untuk memilih pelajar yang masih belajar untuk dimabil bekerja....? adakah ia peluang yang anda boleh dapat setiap hari?, cuba bayangkan.... aku kaget dengan situasi ini, pelajar yang datang memberikan berbagai alasan. dan ada juga yang tidak mahu temuduga atas alasan takut untuk temuduga. apa nak jadi ni? aku buat kesimpulan, pelajar kita masih memerlukan didikan lanjut untuk memahami erti kehidupan. wahai anak bangsaku, perjalanan kamu masih jauh, belajar lah dari orang yang sudah berjalan lebih jauh dari kamu.....

No comments: