diam tak diam dah dekat 4 tahun aku duk kat unit ni... dan dalam tempoh itu juga aku dapat merasakan bahawa aku bukanlah orang yang sebenar untuk mengendalikan unit ini. aku rasa ada orang lain yg lebih layak. tambahan pulak aku memang tiada kompetensi untuk jaga bab-bab mcm ni. dan yang paling aku tak boleh nak tipu diri aku sendiri ialah sememangnya aku tiada minat dalam urusan sebegini.... dan aku juga memang kurang berminat untuk terlibat secara langsung dengan pengurusan. dan memang tersemat teguh di dalam jiwa aku sebagai seorang pengajar.aku pernah menyuarakan hasrat ini kepada bos, tp bos jawab tunggu sehingga ada pegawai sebenar(hakiki) yang datang.... aku risau pelajar tidak mendapat khidmat yang sepatutnya mereka dapat dari unit ini. hmmm entah la sampai bila. semakin hari aku rasa semakin tak mampu bertahan dah... letih yang amat. bermacam-macam dugaan yang mendatang. kalau la dia baca blog ni, aku harap dia faham rintihan hati kecil ini.....
No comments:
Post a Comment